Bizsaya dibangunkan oleh Saya. Kami percaya, Menghasilkan sebuah aplikasi yang efektif serta mudah digunakan adalah kunci kepada aplikasi yang berjaya.

Teknologi Front-end

Front-end Bizsaya dibangunkan menggunakan prinsip Single Page Application (SPA) yang dikuasakan oleh ReactJs. Dengan menggunakan prinsip ini, Kami di Bizsaya dapat mengurangkan load usage di "server"(komputer pelayan) kami.

ReactJs merupakan sebuah javascript Library yang digunakan untuk menghasilkan "View" yang boleh diguna semula. Ini memudahkan untuk menghasilkan antaramuka aplikasi Bizsaya yang lebih kemas serta "Repeative".

Selain itu juga, Dengan menggunakan prinsip SPA. Jumlah load usage dapat diminimalkan dan seterusnya mengurangkan jumlah bandwidth usage. Bagi memastikan kelajuan aplikasi Bizsaya berterusan berada didalam maximum, Kami menggunakan Google Firebase Hosting untuk "serve" semua request ke SPA kami.

Teknologi Back-end

Di Bizsaya, kami menggunakan teknologi Node.js bagi memproses kesemua maklumat yang datang ke aplikasi Bizsaya. Kami memisahkan diantara code base bagi API applikasi dan juga code base bagi Realtime Webhook Facebook Bizsaya. Dengan menggunakan cara ini, Kami dapat meminimalkan "coupling" dan seterusnya mengelakkan daripada satu aplikasi menganggu aplikasi yang lain.

Selain itu juga, Kami menggunakan javascript library Bluebirdjs untuk mengelakkan daripada system crash yang menyebabkan ganguan kepada proses-proses yang sedang diproses didalam satu aplikasi. Well, Rasanya anda semua tahu node.js adalah single threaded. Dan sebarang bug/crash/exception yang tidak dicatch properly boleh menyebabkan aplikasi anda restart dan seterusnya menjejaskan proses lain didalam queue.

Database / Pengkalan data

Kami di Bizsaya menggunakan Google Cloud Platform untuk menyimpan kesemua data-data mengenai Bizsaya didalam produk GCP datastore. Dengan menggunakan teknologi NoSQL, ini membolehkan aplikasi Bizsaya berkembangan dengan lebih mudah serta lebih pantas.

Selain itu juga, Bizsaya menggunakan Redis untuk menyimpan datacache yang secara tidak langsung menyebabkan aplikasi Realtime Webhook Facebook Bizsaya dapat memproses maklumat dengan pantas!

Version Control

git. Dihostkan di Github

Teknologi Paparan Semasa / Realtime

Terdapat 2 teknologi paparan semasa yang digunakan oleh Bizsaya, Cuma hanya 1 yang digunakan khusus untuk kesemua ekosistem Bizsaya.

Kami menggunakan Firebase Realtime Database untuk menyimpan log paparan semasa kami dan juga statistik. Oleh kerana Firebase adalah sebahagian daripada google. Ini memudahkan kami untuk menguruskan integrasi dengan teknologi-teknologi yang lain

Bizsaya juga menggunakan paparan semasa daripada Pusher untuk memproses log Semasa bagi urusan analisa dan log

Logging / Metric

Bizsaya menggunakan Sentry untuk log sebarang error didalam aplikasi secara automatik.


Gambar dibawah memaparkan paparan semasa aplikasi Bizsaya. API adalah code base bagi aplikasi Utama Bizsaya. Manakala, WEBHOOK adalah untuk code base Realtime Webhook Facebook yang diterima oleh Bizsaya.

Di Webhook, pada Rate 120 Request Per Minutes, CPU Usage Bizsaya masih rendah serta penggunaan Memory yang juga masih rendah. Ini membuktikan kami mampu untuk handle lebih banyak pelanggan bagi satu komputer pelayan kami dan seterusnya memastikan kos Bizsaya adalah rendah.

Alhamdullilah, Proses broadcast buat pertama kali aplikasi Bizsaya berjalan dengan lancar. Sebanyak 293 prospek telah...

Posted by Bizsaya on Thursday, March 30, 2017

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi Bizsaya, Feel Free untuk berborak dengan Saya