Privasi maklumat pengguna

Kami di Bizsaya tidak akan menjual atau menggunakan data yang diberikan kepada pihak ketiga.

Semua maklumat-maklumat tersebut hanyalah digunakan untuk menambah baik aplikasi Bizsaya dan sebagai statistik global yang kami akan meminta kebenaran anda untuk mendapatkannya. Statik ini boleh digunakan untuk tujuan marketing anda mahupun laporan kajian.

Kami juga akan cuba sedaya upaya untuk memastikan data dan maklumat yang ada selamat daripada diceroboh biarpun didalam aplikasi Bizsaya, Tiada maklumat yang disimpan untuk jangka masa panjang. Oleh kerana maklumat Bizsaya datang daripada Facebook, anda juga perlu mengetahui polisi privasi Facebook.

Tiada maklumat sulit yang disimpan didalam aplikasi Bizsaya mahupun diperlukan oleh Bizsaya. YOBB akan menggunakan maklumat-maklumat yang diberikan oleh anda dan itu sahaja.