Polisi Bizsaya

Utama » Polisi Bizsaya
  1. Bayaran bulanan penggunaan adalah sebanyak RM 10.00 bagi setiap 1 FB page yang diautomasikan.
  2. Kami akan berusaha untuk memastikan maklumat-maklumat anda selamat. Selain itu juga, Maklumat-maklumat yang diterima/diberi oleh anda tidak akan diberikan ke pihak ke-tiga.
  3. Kami akan memberikan tempoh penggunaan percuma selama 15 hari daripada tarikh anda daftar. Tempoh percubaan ini tidak boleh dipindah milik dan ditambah.
  4. Untuk masa sekarang, Bizsaya tidak menyediakan pembayaran secara automatik. Oleh itu, anda perlu membuat pembayaran sebelum akaun anda tidak aktif.
  5. Sekiranya akaun anda tidak diaktifkan selamat seminggu. Akaun anda akan dibatalkan dan kami di Bizsaya berhak untuk memadam maklumat akaun anda daripada aplikasi.
  6. Anda boleh untuk keluar bila-bila masa. TIADA REFUND yang diberikan bagi baki masa yang tertinggal. Anda boleh aktifkan semula akaun bila-bila masa selagi akaun anda masih aktif.
  7. Sekiranya akaun anda telah tidak aktif, dan anda ingin menggunakan kembali Bizsaya, tiada tempoh percubaan (Trial) yang akan diberikan kepada anda semula.
  8. Kami akan menyediakan aplikasi Bizsaya as-it-is. Akan tetapi, kami akan mencuba untuk memberikan servis yang terbaik buat automasi FB page anda.
  9. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat aktiviti yang mendorong kepada pengantungan FB page anda akibat daripada salah guna mahupun ralat aplikasi Bizsaya.
  10. Anda juga perlu bertanggungjawab atas salah guna yang berkemungkinan timbul sekiranya aplikasi ini disalah gunakan seperti spamming, contents dan yang sama dengannya.
  11. Kami berhak untuk memadam akaun anda tanpa sebarang notis sekiranya didapati terdapat aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang negara atau menyalahi undang-undang/terma/polisi Facebook ataupun salah guna aplikasi.
  12. Bizsaya dilengkapi dengan teknologi YOBB yang boleh mengesan sekiranya customer anda memberikan reaksi negatif kepada page anda. Sekiranya page anda kerap menerima reaksi negatif, Kami berhak membatalkan akaun anda.
  13. TIADA REFUND akan diberikan sekiranya akaun anda dipadam tanpa notis akibat daripada terma (11) dan (12).
  14. Tiada maklumat yang boleh didapatkan semula sekiranya akaun anda telah dipadamkan daripada aplikasi akibat daripada terma (5), terma (11) dan terma (12).
  15. Bizsaya berhak untuk mengubah polisi pada bila-bila masa. Kami akan memaklumkan perubahan polisi pada group whatsapp support Bizsaya.
  16. Bantuan aplikasi Bizsaya adalah tertaklu kepada keboleh beradaan team aplikasi Bizsaya. Kami akan cuba untuk bantu anda secepat mungkin.
  17. Kami tidak memberikan sebarang jaminan up-time availabiliti (SLA) kerana aplikasi Bizsaya merupakan sebuah aplikasi pihak ke-tiga Facebook.
  18. Sekiranya aplikasi Bizsaya tergangu atas faktor-faktor yang diluar kemampuan kami. Gantian tempoh masa yang tergangu adalah tertakluk kepada budi bicara kami.