Membantu menguruskan sebaran mesej terus ke inbox prospek anda!

Modul broadcast akan membantu anda menguruskan sebaran mesej terus ke inbox prospek yang pernah mesej inbox FB Page anda dengan mudah. Selain itu juga, modul ini mempunyai kelebihan ....


FAQ Broadcast

Apa itu modul Broadcast

Modul broadcast merupakan satu modul yang digunakan oleh pengguna-pengguna Bizsaya untuk menyebarkan mesej-mesej tertentu terus kepada inbox FB prospek yang pernah dan menyimpan mesej inbox FB page mereka.

Mesej kebiasannya berkaitan promosi terkini ataupun aktiviti-aktiviti (events) tertentu yang dirancang oleh admin Page

Mesej sebelum saya gunakan Bizsaya boleh dibroadcast juga?

Bagi mana-mana mesej sebelum anda menggunakan Bizsaya. Mesej tersebut tidak boleh dibroadcast oleh Bizsaya. Ini kerana maklumat mengenai prospek tersebut tidak lagi disimpan didalam pengkalan data utama Bizsaya.

Sekiranya anda inginkan mesej-mesej sebelum anda menggunakan Bizsaya untuk di broadcast. Anda perlu mesej prospek tersebut secara manual terlebih dahulu dan prospek anda perlu membalas mesej tersebut. Dengan cara itu, Bizsaya akan simpan maklumat prospek tersebut secara automatik.

Bagaimana cara Bizsaya menyimpan maklumat prospek?

Apabila anda telah daftar dengan aplikasi Bizsaya, Walaupun anda tidak aktifkan modul komen ataupun mesej. Bizsaya akan tetap menyimpan maklumat prospek tersebut sebagai langkah untuk persediaan bagi anda menggunakan fungsi broadcast.

Sekiranya anda mengaktifkan modul Komen. dan menggunakan reply balas secara privasi. Maklumat prospek tersebut akan disimpan juga didalam aplikasi Bizsaya. Pendek kata, Sebarang mesej masuk mahupun keluar di FB Page anda, Bizsaya akan simpan maklumat prospek tersebut.

Adakah ianya melanggar polisi FB?

Anda perlu menghantar mesej broadcast anda untuk disahkan oleh Bizsaya sebelum anda boleh broadcast mesej tersebut. Setelah mesej anda disahkan. Anda boleh broadcast mesej tersebut bila-bila sahaja. Namun, kami di Bizsaya berhak untuk melambatkan proses broadcast tersebut sekiranya aplikasi Bizsaya mencapai "Rate Limit".

Jadi, adakah modul ini melanggar polisi FB? Ianya bergantung kepada berapa kerap anda ingin broadcast mesej anda dan isi pada mesej anda. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh membaca polisi FB di link ini https://developers.facebook.com/docs/messenger-platform/policy-overview

Kuota "Rate Limit"

Adalah dimaklumkan. Kuota adalah ditetapkan oleh Facebook. Kami di Bizsaya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan mesej anda boleh di-broadcast serta tidak melanggar polisi dan tetapan Facebook. Penerangan bagi kuota adalah seperti berikut.

Terdapat 2 jenis kuota, Pertama kuota aplikasi Bizsaya dan kedua kuota FB Page anda sendiri. Kuota aplikasi Bizsaya adalah berdasarkan jumlah log masuk ke aplikasi Bizsaya. Sebagai contoh, Sekiranya anda kerap log masuk aplikasi Bizsaya untuk memantau paparan semasa, menyemak maklumat pelanggan. Secara tidak langsung, anda membantu menambah jumlah kuota aplikasi Bizsaya. Kuota aplikasi di hadkan pada setiap jam. Ini bermakna, Sekiranya terdapat pelanggan lain yang sedang broadcast mesej ke prospek yang banyak, Berkemungkinan broadcast anda akan boleh di-broadcast di jam berikutnya.

Kuota kedua adalah kuota FB Page anda sendiri. Ini adalah berdasarkan pada berapa ramai prospek yang aktif view/klik pada page anda. Anda perlu memastikan FB page anda aktif dengan aktiviti-aktiviti bagi mengalakkan lebih banyak penggunaan pada FB page anda. Kuota FB Page anda di hadkan pada setiap 24 jam. Ini bermakna, Sekiranya anda telah mencapai had kuota. Bizsaya akan membatalkan terus broadcast anda bagi mengelakkan daripada aplikasi Bizsaya melanggar polisi FB (Kerana terlalu banyak "ERROR CALL")

Maklumat lanjut mengenai kuota ini anda boleh membacanya di link ini https://developers.facebook.com/docs/graph-api/advanced/rate-limiting

Macam mana cara untuk saya menggunakannya

Modul broadcast adalah modul yang menggunakan model "Pay when u need". Hanya apabila anda ingin menggunakan fungsi broadcast sahaja anda perlu membuat pembayaran ke Bizsaya. Harga bagi setiap sesi broadcast anda adalah RM10.00.

Modul broadcast memerlukan akaun anda sebagai akaun aktif (Akaun trial tidak boleh menggunakan fungsi ini) dan pembayaran minima RM10.00. Anda boleh membuat pembayaran terlebih dahulu dan menggunakan fungsi broadcast bila-bila sahaja anda mahu. Sesi broadcast yang tidak digunakan tiada had tamat tempoh. Sekiranya anda membatalkan akaun Bizsaya anda, Baki sesi anda tidak boleh dipulangkan.